|
Fararararawr One click here Facebook | Twitter | Ask fm
![]()
| Sports Day Bismillahirrahmanirrahim. Malam ni kasi aku bebel okay.
Mungkin takde siapa tau apa punca aku sakit teruk macam ni, teruk lah kan, berapa minggu aku tak makan sampai kenyang, hahah bunyi macam gila kan. Ya, memang aku gila, menyesal gila. Jumaat petang tu aku rasa cam tak sedap badan. Memang spoil habis ah besoknya 3 acara pulak, haih -.- (aku drop 100m kasi alisya) Pagi sabtu tu dah pulak, nak termuntah bagai pening lalat semua ada, perut pun buat hal. Koyok tertampal je kat dahi mengharapkan pening hilang tapi takde effect pun senanya. Then lepas 4x400 m pergh sumpah tak tahan derr, nak pengsan el nino pulak tu tapi aku tahannn je, aku taknak hancurkan hati budak2 yg dah sesama dgn aku naik pentas ambik emas last year, alina dgn eta :') So aku gagahkan jugak, menangis aku berlari pergi daftar untuk 4x100 m pulak, serious doh rasa demam tu sangat membunuh. Habis game je, aku terus masuk bawah khemah but then kena pergi pulak tengah padang yg panas gila tu utk acar penutup. Menangis aku tengah padang tu sebab tak tahan satu badan menggigil. Ya Allah seksanya aku time tu Allah je tahu betapa peritnya menanggung. Menangis tu harus, ambil hadiah itu wajib. Em dah habis semua benda alah tu, aku pun pi bantai naik dorm tidur ah pe lagi. Malam tu pun, tak macam biasa, habis isyak terus aku naik atas, menangis dan terus menangis mengharapkan apa yg berlaku pada petang itu semuanya mimpi, mengharapkan keajaiban berlaku tapi tak hahaha aku memang awesome. Siapa je lah aku ni dekat mata orang, taik mata je kot... Lepastu aku nangis lagi ((eee apalah aku ni kan)). Sebab apa aku nangis biar aku jelah yg tau, aku kan taik mata. Baru aku nak teruskan tangisan aku, tiba2 aida datang "Kak Long!", shock bak hang aku heart attack gua. Then dia wish "Happy birthday Kak Long!". KAU TAU TAK AKU MENANGIS TIME TU DALAM GELAP TERHARU tapi aku lap cepat2, malu. Seems like shes the only friend who wished me har har. Next monday tu, seharian aku duduk bilik sakit, demam katako. Punca? Sakit hati. Sakit hati? Gambar berdua yg banyak2 tu pun dah cukup sebagai hadiah hari jadi aku. Terima kasih.
#Thanks maba for giving me a packet of milo aishh maba pulakk #Azki too yo! Thanks for the keychain #Ecah punnnn nasi lemak hahahah |