Dreamer ♔
Fararararawr

Smile and show to the world. You're pretty.



Diaries Owner Buddies

Heart

Hello peeps ! Welcome to my super awesome gorgeous blog !

One click here

Facebook | Twitter | Ask fm
Instagram

Someday, i'll be there ♥





I heart Mustache ♥







army is my passion ♥






Kem Super Khalifah


Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah, syukurrr sangat. Akhirnya KEM SUPER KHALIFAH yg lebih kurang dua bulan kami rancang akhirnya menjadi juga. Ya Allah, memang bersyukur gila ah :D Happy to da max. Sebabbbbb program berjalan dengan lancar but ada some problems sikit lah. Sikit je hehe. Macam masa tak cukup, ter-drag masa. So, nak cerita sikit ni ! Starting from jumaat, petang tu memang kibut gila ah aku cakap, sekejap start pukul tu pastu pukul ni pulak. Berlari ayam doh aku pergi pw aspura cari itu ini, pepias dah sampai then hantar fasi naik dorm. Berapa kali ulang alik naik dorm aras 4. Hopefully kurus. Then jumpa comittee lain nak confirmkan balik pukul berapa. First kata pukul 3, penat aku lari semua dorm bagitau pergi RB pukul 3. Sekali katanya pengetua nak jumpa comittee and fasi pukul 4. Then, duduk je lah dekat bilik PA buat announcement pukul 4 pulak. Pastu dah blah pergi bilik mesyuarat, lambat pulak pengetua sampai, setengah jam tunggu. Then bincang pasal modul KAMU untuk program KSK. Bila dah rasa bukan part kitorang nak bincang sekali, mintak diri nak handle bebudak ni kejap dengan pc, abang firdaus a.k.a abang boy. Oh ya ! Petang tu angkat barang fasi after solat jumaat then mesyuarat. Pastu abang boy masuk, pergh muka dia agak kerek ah time tu. Sedikit cuak, kahkahkah, taktau sebab apa. Kat bilik mesyuarat kan ada banyak mic semua tu, dengan muka dia sumpah lawak gila. Yang time nak mintak diri tu, agak excited lepas dapat tau dia jadi PC.Awal2 lagi dah buat lawak, so aku harap gila dia dapat happykan bebudak ni sebab aku tau sangat diorang tak ikhlas pergi ksk ni sob sob T.T Okay, so malam tu solat maghrib, kuliah lepas maghrib, solat isya' semua tu dekat surau. Then pergi RB sesama dengan semua aspuri diketuai "penghuluwati sekejap", Tasha sebelum tukar dengan mirza. kira semua murid cukup (hahaha rindu kkpi doh :'( ) then baru gerak. Malam tu diorang LDK cam biasa. TIM (taaruf, ice breaking, mind setting) ada but still tak berkesan kat bebudak ni. Minda tak set lagi nak join program tu, yang diorang tau nak balik balik balik. Sebab apa ? Sebab urusetia yang form4 ni yang handle, so diorang anggap cam tak best lah. Mungkin macam tu lah kot tanggapan diorang. 'kot'. Malam tu terlepas nak supper sebab ter-drag masa. LDK 1 dengan diorang main surat khabar makin lama makin kecik tu. Aku yg jadi photographer tak bertauliah + setiausaha, pergh penat bro lari sana sini. And yeah ! Petang tu, i mean makan malam pukul 6 tu, aku dengan khai berlari hah pergi dm susun 4 meja paling depan special untuk form4. Tarik 3 meja kasi rapat, terpaksa menebalkan muka sebab aku sorang aspuri kat situ terkial kial susun meja. Then lari balik pergi RB, terserempak dengan nabil pastu dia cerita pulak pasal ammar, penghulu, segala bagai tu lah. Hmm okay lah next day pulak ! Saturday ! Awesome day ! Pagi2 lagi dah kena turun 'qiamullail bersendirian'. Katanya nak berjemaah tapi entahlah mereka yang taktau nak mengetuai tu. Kesian aspuri semua dah tunggu nak solat macam apa je. Rasa bersalah gila sebagai urusetia ni. Ehemmm, me and aida sebab kena dengar keluhan diorang lol no i mean rungutan yang memang pergh, perit ah kalau dengar . Sebab kami urusetia, pemimpin, yang sepatutnya 2 kali ganda lebih kuat drpd mereka yg dipimpin. After qiam, al-mathurat and kuliah subuh macam biasa. Pastu kendiri kejap then gerak bilik kaunseling, briefing with facis. Peserta yang lain solat dhuha dekat atas. Bila dah berkumpul tu baru naik atas, tengok diorang buat cheer group, kata2 semangat untuk pemimpin, abang boy pun dah start dengan lawak dia but still lemau lagi. Still tak set minda diorang lagi. I know that. tengok muka pun tau *flips hair, hmph *jeling. Okay so pagi tu ldk 1 & 2, yang comittee ni rasa pishang gila so abang syamim pun bagilah kitorang buat kerja, jaga checkpoint! Aku : Tiup2 matlamat (tiup tisu), aida and nabil : lukisan peribahasa, ban : spider web, khai : sudoku, safwan : checkpoint terakhir, word puzzle Aku sempat jaga satu group je tiem tiup tisu sebab busy snip snap sana sini. Jaga group 9, Hamzah Asadullah, denda diorang sebab tak dapat masukkan tisu dalam mangkuk, nyanyi lagu putih2 melati bersama tarian simple. Hahah ! Then aku round2 semua checkpoint ambik gambar. Paling lama and ramai beratur checkpoint aida and nabil sebab susah, kahkahkah! Tak sempat nak turun checkpoint khai sebab busy sangat, jaga checkpoint sendiri lagi. Tak ke gila namanya tu but still awesome ! Bebudak ni pun dah start enjoy da program. Dan petang tu as usual kendiri makan semua tu. Oh yeah ! Petang tu diorang ada buat menara menggunakan barang terpakai. Yang disediakan hanya surat khabar dan straw. Aku dah tau apa akan jadi part menara tu. Petang diorang buat, malam tu baru gempak! Malam tu, abang boy saja buat diorang happy , gelak sakan doh. Padehal kitorang and fasi dekat belakang discuss apa nak buat dgn bebudak ni. Huahuaha ;) Kitorang mintak abg umar mind set balik diorang tu. While kat depan, abang boy 'check' menara, kononnya menara paling stabil, tinggi, cantik tu lah pemenang. Siap campak lagi nak tengok stabil ke tak. Ada yg hancur and ada yg still stable lagi. Pastu abang boy mintak abg umar kononnya check kan menara mana paling lawa. Pastu abg umar kasi chance kat sesiapa volunteer nak hancurkan menara yg belum hancur lagi. Dengan confidentnya, daniel gempakz pergi depan sepak bagai nak rak pastu tunjuk bagus siap buat thumbs up lagi. Aku dgn aida dekat belakang dah macam "pergh, baik punya". Pemimpin ke namanya tu ? Then abg umar suruh bon sebagai penghulu then terus marah sebab tak jaga or pimpin anak buah dgn elok, tak tepati masa, tak ada yg baca doa, tak jalankan tangungjawab lah senang cerita. Bon kena denda ketuk ketampi 10 kali bagi setiap kesalahan yg dia buat. Kesian gila weh aku tengokkk :'( Terus aku menangis time tu, tengok dia dah macam sakit2 kaki dgn badan dia macamtu, sedih ah aku cakap. Dah lebih 50 kali rasanya dia kena ketuk ketampi . Pergh perit doh. Aku dengan aida dah berpelukan sambil menangis teresak esak dekat belakang, kahkahkah. Sekali abg umar psycho lagi, dia tanya "siapa yang tak puas hati dengan abang? angkat tangan". Ramai gak yg angkat tangan, then dia suruh bangun bagitau apa yg tak puas hatinya. Daniel capapz lagi bangun and cakap "sumpah abang kerek gila nak mampus". Siap tuding jari lagi. Hambik kau, aku dah teruk gila nangis. Then faisal pulak bangun and bagitau apa yg dia tak puas hati tapi dgn cara yg sangatttt baik, polite gila. Pastu abg umar mind setting balik diorang ni, tutup lampu. Muhasabah diri. After muhasabah diri tu, dah menangis gila teruk, LDK :) Sesi heart-to-heart/ sharing moments. While comittee sharing moments dengan abg syamim, kitorang pun share lah everything start drpd ksk ni start. Malam tu, comittee balik paling lambat, around 12. Sampai je dekat DM, diorang semua makan ikut group, campur laki pompuan duduk dekat meja aspuri. Padehal dah lewat malam gila doh. Aku pulak terus menerus ambik gambar mereka semua, aspuri, aspura, "twin yang terpisah lama". Dan ya, aku rindu sangat malam tu. Nyanyi lagu happy birthday berbalasan tapi taktau point utk siapa act sebab birthday aida act haritu. Okay next day ! Pagi tu riadahhhhhhh dan AWESOME + GEMPAK GILAAAAA !!! Ruginya weh tak join :'''((( Enjoy aku tengok diorang semua, happy gila. Rasa macam berkesan lah jugak program tu. Bersyukur sangat ! Then balik dorm for kendiri. Pergi rb balik and ldk. Pastu cam biasa je pagi tu. Majlis penutup, bagi hadiah utk 3 group terbaik, peserta lelaki dan perempuan terbaik. Oh yeah ! Sebelum berpisah tu, fasi laki and pompuan buat performance sikit. Comel and sweet :') Then then, tak expect langsung yg aspura pun buat ! Dikit barat tak dirancang! Ban memang mengarut ah jadi tukang karut. Just cooollll ! Serious said. Nak balik tu, setiap faci akan bagi surat dekat semua adik2 dia. Salam jemaah / jamaie tu nangis2 peluk as well, aku mintak maaf dekat semua orang sebab ambik masa hujung minggu diorang. Berjujuran lah air mata aku. Teruk gak aku nangis act. So, sampai disini sahaja rasanya yang dapat aku ungkapkan dengan kata2, tulisan, perkatan. Sekian :)

THANKS TO PEPIAS !!
ILOVEYOUGUYS !!
BATCH 9 !!
PEMIMPIN MUKMIN !!