|
Fararararawr One click here Facebook | Twitter | Ask fm
![]()
| Tiada Yang Sempurna Lelaki boleh menjadi sesorang yang begitu sensitif dan prihatin jika seseorang lelaki itu meminati seseorang wanita. Wanita itu tak semestinya cantik, cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Dengan itu, banyak perkara yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seseorang wanita. Lelaki juga boleh menerima penolakan yang baik. Mereka cuba menonjolkan sikap kelakiannya yang baik untuk menambat hati wanita. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi swimming pool atau di tepi pantai. Kebanyakan lelaki resah apabila berhadapan dengan situasi ingin megajak wanita keluar kali pertama. Mereka cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap "Emm.. Tengoklah dulu" itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang desperate datang dari sekolah all boys. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari library atau buku semata-mata. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham mengapa perempuan bersikap begitu dan begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. Betapa hebatnya lelaki itu bersifat romeo dan flirting dengan ramai wanita. Lelaki hanya tetap ada seorang teman wanita yang istimewa, yang lain hanyalah kawan :) Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari kejadian tersebut, maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja. Mereka merasakan kejadian wanita itu amat indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga merasakan kesedihan itu, bukan perempuan sahaja. Tetapi lelaki tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan orang . Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat . Senang usahanya nanti. Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan dari perempuan yang amat dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% dari segi pandangan, luaran malahan sikap. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki. Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
|